Kelas Aplikasi Ms Word
1 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniProgram kelas Aplikasi Ms Word diadakan pada 31 Januari yang lalu telah dihadiri oleh 10 orang pelajar yang berumur 10-12 tahun. Kelas ini adalah lanjutan dari kelas yang diadakan pada awal bulan yang lalu. Kelas ini berlangsung selama empat jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00petang. Di dalam kelas ini memfokuskan kaedah pengunaan aplikasi ms word yang betul ketika menulis karangan yang panjang. Latihan ini diadakan bagi membantu para pelajar untuk mengunakan aplikasi ms word dengan betul bagi menyiapkan tugasan kelak. Latihan seperti ini adakan diadakan selanjutnya pada bulan yang berikutnya bersama ahli baru yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: